RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 17 March 2023 – A promotion ceremony for eight Senior Non-Commissioned Officers (SNCOs) of the Royal Brunei Air Force (RBAirF) consisting of two Acting First Warrant Officers (WO1) and six Acting Second Warrant Officers (WO2) took place at Punai Hall, Rimba Air Force Base. Present as the Guest of Honour was Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, the Commander of the RBAirF. Also present were the RBAirF Board of Executives, Senior Officers, Officers, and SNCOs.
The ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah led by Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zanuddin, the Religious Teacher of the RBAirF. The ceremony continued with the presentation of insignias by the Guest of Honour and concluded with a Doa Selamat.
The promotion is in recognition of the personnel's contributions to the RBAirF and Royal Brunei Armed Forces (RBAF). Their merits and upholding of the core values, discipline, and performance are also taken into account.




MAJLIS KENAIKAN PANGKAT BAGI LAPAN PTB KANAN TUDB
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Jumaat 17 mac 2023 – Majlis Kenaikan Pangkat bagi lapan Pegawai Tidak Bertauliah Kanan (PTB Kanan) Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) yang terdiri daripada dua Pemangku Pegawai Waran Satu (PW1) dan enam Pemangku Pegawai Waran Dua (PW2) yang telah dikendalikan di Dewan Punai, Pangkalan TUDB. Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah TUDB. Turut hadir ialah Badan Eksekutif TUDB, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan PTB-PTB Kanan.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dikepalai oleh Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zanuddin, Guru Agama TUDB. Majlis diteruskan dengan penyampaian pangkat daripada tetamu kehormat dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.
Kenaikan pangkat ini adalah sebagai penghargaan terhadap sumbangan anggota-anggota tersebut kepada TUDB dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Jasa dan penegakkan nilai-nilai teras, disiplin dan juga prestasi bertugas merupakan aspek-aspek penting yang dipertimbangkan.


